Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 2012

Seksyen 3

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“asuhan” ertinya—

(a)

menjaga, menyelia dan mendidik kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak;

P.U. (A) 377 8

(b)

menyediakan pengaturan yang cukup dan sesuai bagi pemberian makanan, pemakanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak; dan

(c)

memastikan bahawa kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak adalah memuaskan;

“Jabatan Kesihatan” ertinya—

(a)

Jabatan Kesihatan atau Pejabat Kesihatan Daerah di bawah Kementerian

Kesihatan Malaysia; atau

(b)

jabatan kesihatan di bawah pihak berkuasa tempatan;

“Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak” ertinya Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat;

“Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA” ertinya suatu kursus yang mengguna pakai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang diluluskan oleh Jemaah Menteri dan diterima pakai oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat;

“pegawai perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang diambil bekerja oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja atau dilantik oleh pengusaha di bawah subperaturan 21(1) termasuklah seseorang yang diambil bekerja atau dilantik untuk menyediakan makanan bagi taman asuhan kanak-kanak selain pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak dan pengasuh kanak-kanak berdaftar;

“Pelindung” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kanak-Kanak 2011 [Akta 611];

P.U. (A) 377 9

“pengasuh kanak-kanak” ertinya seorang penjaga kanak-kanak yang disebut dalam perenggan 23(2)(e) Akta yang diambil bekerja atau dilantik oleh pengusaha di bawah subperaturan 14(3) untuk memberikan asuhan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak tetapi—

(a)

belum menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

PERMATA; dan

(b)

belum berdaftar dengan Ketua Pengarah di bawah peraturan 16;

“pengasuh kanak-kanak berdaftar” ertinya seorang penjaga kanak-kanak yang disebut dalam perenggan 23(2)(e) Akta yang diambil bekerja atau dilantik oleh pengusaha di bawah subperaturan 14(1) untuk memberikan asuhan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak dan berdaftar dengan Ketua Pengarah di bawah peraturan 16;

“pengurus” ertinya seorang yang diambil bekerja atau dilantik oleh pengusaha di bawah subperaturan 10(1) untuk menguruskan operasi sesuatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, komuniti atau di institusi;

“pengusaha” ertinya orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak di bawah seksyen 7 Akta yang mengusahakan taman asuhan kanak-kanak;

“penyakit berjangkit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342];

“penyelia” ertinya seorang yang diambil bekerja atau dilantik oleh pengusaha di bawah subperaturan 12(1) untuk menyelia asuhan kanak-kanak oleh pengasuh kanak-kanak atau pengasuh kanak-kanak berdaftar.

P.U. (A) 377 10

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 2012