Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti” ertinya Bahagian yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan hal ehwal pelajar di Universiti;
“Jawatankuasa
Pemilihan
Majlis
Perwakilan
Pelajar
Universiti”
ertinya
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di setiap Universiti yang bertanggungjawab melaksanakan urusan pilihan raya Kampus;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Universiti itu yang ditubuhkan mengikut
Perlembagaan Universiti itu;
“Majlis Perwakilan Pelajar” ertinya badan tertinggi Persatuan Pelajar yang juga dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar atau Kesatuan Mahasiswa Universiti yang dipilih melalui proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar oleh pelajar berdaftar secara sepenuh masa di universiti awam.
P.U. (A) 239 3