Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025

Seksyen 8

(1)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti atau Jawatankuasa Pemilihan

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti boleh mencadangkan kepada Lembaga untuk pengurangan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya berdasarkan alasan di bawah peraturan 7.

(2)

Selepas menerima cadangan pengurangan tempoh keahlian, Lembaga hendaklah memanggil Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya untuk memberikan representasi secara lisan atau bertulis sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga berhubung dengan cadangan pengurangan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya.

(3)

Representasi yang dibuat di bawah subperaturan (2) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga.

(4)

Lembaga, setelah membuat keputusan berkenaan dengan pengurangan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya, hendaklah menyebabkan suatu notis secara bertulis disiarkan kepada pelajar Universiti mengenai pengurangan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya dengan menyatakan alasan pengurangan tersebut.

Rayuan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERJALANAN KUASA LEMBAGA PENGARAH) 2025