Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN VETERAN (PENDAFTARAN VETERAN DAN PENDAFTARAN PERSATUAN VETERAN) 2016
Seksyen 13
Persatuan veteran atau cawangan untuk mengemukakan dokumen
Pendaftar boleh pada bila-bila masa melalui notis yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana persatuan veteran atau mana-mana cawangannya untuk mengemukakan untuk pemeriksaannya—
(a)
dokumen hakmilik bagi apa-apa harta yang dipegang oleh persatuan veteran itu;
(b)
semua atau mana-mana buku akaunnya;
(c)
minit atau rekod prosiding lain dalam mesyuarat agung tahunan persatuan veteran itu atau cawangan atau mana-mana jawatankuasa atau badan pengelola persatuan itu atau cawangannya; atau
P.U. (A) 9 8
(d)
apa-apa dokumen lain yang disimpan atau diselenggara oleh persatuan veteran itu atau cawangannya.