Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN VETERAN (PENDAFTARAN VETERAN DAN PENDAFTARAN PERSATUAN VETERAN) 2016

Seksyen 7

(1)

Tiap-tiap permohonan bagi suatu pendaftaran persatuan veteran di bawah seksyen 13 Akta hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam enam salinan dalam Borang 3 bersama dengan fi yang ditetapkan dan setiap salinan hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan utama persatuan itu.

(2)

Tiap-tiap permohonan bagi pendaftaran hendaklah disertai dengan—

(a)

suatu sampul surat bersetem yang beralamat sendiri bersama dengan pengakuterimaan penerimaan dalam Borang 4;

P.U. (A) 9 6

(b)

enam salinan senarai pemegang jawatan utama persatuan veteran yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(i)

nama, termasuk nama samaran jika ada, nombor kad pengenalan, nombor kad veteran, tarikh lahir, tempat lahir, alamat rumah dan pekerjaan pemegang jawatan utama, jika bekerja; dan

(ii)

nama dan alamat majikan pemegang jawatan utama, jika bekerja; dan

(c)

enam salinan perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan veteran dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan setiap salinan hendaklah diperakui oleh dua orang pemegang jawatan utama persatuan veteran itu.

Pengakuterimaan penerimaan permohonan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN VETERAN (PENDAFTARAN VETERAN DAN PENDAFTARAN PERSATUAN VETERAN) 2016