Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Kewangan
(2)
Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun,
Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan bulan
November tahun tersebut, memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau amaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.
(3)
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu dimasukkan ke dalamnya.
Akta Badan-badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)
1980