Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Jika sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini dilakukan oleh sesuatu syarikat atau firma, tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus syarikat itu atau, mengikut mana yang berkenaan, tiap-tiap pekongsi dalam firma itu adalah juga disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
BAHAGIAN VA
PENGUATKUASAAN