Malaysia legislation

Section 26J

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981

Seksyen 26J

Mana-mana orang yang–

(a)

tidak membenarkan mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis untuk masuk sesuatu tempat;

(b)

menyerang, menghalang, merintangi atau melambatkan mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis dalam melakukan apa-apa kemasukan yang dia berhak melakukan di bawah Akta ini, atau semasa menjalankan apa-apa kewajipan yang ditanggungkan atau kuasa yang diberi oleh

Akta ini; atau

(c)

enggan atau cuai memberi apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang mana ada dalam kuasanya untuk memberi, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun, atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Mengkompaun

Section 26J — PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981