Malaysia legislation

Section 26L

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981

Seksyen 26L

(2)

Suatu perintah bagi perlucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita semasa menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenainya dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan barang hendaklah dibuat jika telah dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah menjadi hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun tiada orang yang mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan mengenai apa-apa benda yang disita semasa menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan baginya dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan kemudian dari ini.

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa benda itu tidak boleh dilucut hak boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada mana-mana pegawai berkuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa dia menuntut barang itu.

(5)

Setelah menerima notis itu pegawai berkuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada ketua pegawai eksekutif yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai berkuasa atau pegawai polis tersebut merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan orang yang darinya benda itu disita supaya hadir di hadapan Mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, dan apabila penyampaian wajar saman itu dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah menjadi hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya benda itu dilucut hak atau boleh, jika bukti tidak ada, memerintahkan pelepasannya.

(7)

Semua benda yang dilucut hak atau yang disifatkan sebagai dilucut hak hendaklah dilupuskan mengikut arahan ketua pegawai eksekutif.

Section 26L — PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981