Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain –

“ahli”, berhubung dengan Perbadanan, termasuk Pengerusi,

Timbalan Pengerusi dan Pengerusi sementara Perbadanan; dan, berhubung dengan jawatankuasa Perbadanan, termasuk pengerusi jawatankuasa;

“aktiviti perfileman” termasuk segala aktiviti yang berhubung dengan perusahaan perfileman;

“dewan wayang gambar” termasuk mana-mana premis, bangunan, binaan dan mana-mana tempat jua pun yang diguna bagi menayang filem-filem untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“filem” termasuk filem cerita, filem pendek, filem subjek ringkas, treler, dokumentari, filem kecil iklan dan apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan, termasuk pita video dan ceper video, berupa arca bergerak sama ada disertai dengan bunyi atau tidak, untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“filem subjek ringkas” ertinya –

(a)

apa-apa dokumentari;

(b)

apa-apa filem animasi;

(c)

apa-apa filem yang bercorak kebudayaan atau pengajaran;

atau

(d)

apa-apa filem eksperimen, yang panjangnya, tidak melebihi tiga puluh minit;

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 9

“ketua pegawai eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif

Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 9;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas kemajuan perusahaan perfileman;

“pameran filem” ertinya tayangan filem untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“pegawai berkuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri;

“pegawai Perbadanan” termasuk ketua pegawai eksekutif;

“pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang dikeluarkan lesen kepadanya di bawah Akta ini;

“pengedaran filem” termasuk menyewa dan meminjamkan filem untuk keuntungan atau selainnya, mengimport dan mengedarkan filem yang dikeluarkan di luar negeri dan mengedarkan filem yang dikeluarkan di dalam negeri;

“pengeluaran filem” termasuk segala aktiviti yang berhubung dengan mengeluar atau memproses filem, atau merekod atau menyalin pita video, untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuk Timbalan Pengerusi dan Pengerusi sementara menjalankan tugas-tugas Pengerusi;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“perusahaan perfileman” termasuk aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamerkan filem yang dijalankan di Malaysia.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Section 2 — PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981