Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan suatu entiti Labuan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual, dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, daripada pembayaran cukai berkenaan dengan apa-apa pendapatannya yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan entiti Labuan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun bank atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
P.U. (A) 127 3
Akaun dan punca berasingan