Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2013 (PINDAAN) 2017
Seksyen 2
Perintah Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pengecualian) (No. 2) 2013
[P.U. (A) 100/2013], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2 dalam takrif “aktiviti yang layak”—
(a)
dengan memotong perkataan “perdagangan dalam instrumen fizikal dan terbitan yang berkaitan bagi”;
(b)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a)
perdagangan dengan syarikat bukan pemastautin dalam mata wang selain mata wang Malaysia bagi produk fizikal dan instrumen terbitan yang berkaitan berhubung dengan—
P.U. (A) 157 3
(i)
petroleum dan produk berkaitan petroleum, termasuk gas asli cecair;
(ii)
galian;
(iii)
produk pertanian;
(iv)
bahan mentah yang ditapis;
(v)
bahan kimia; dan
(vi)
galian asas; atau”;
(c)
dengan memotong perenggan (b), (c), (d), (e) dan (f);
(d)
dengan memotong perkataan “dalam mata wang selain Ringgit.”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(b)
perdagangan dengan syarikat pemastautin dalam mata wang selain mata wang Malaysia bagi produk fizikal dan instrumen terbitan yang berkaitan berhubung dengan—
(i)
petroleum dan produk berkaitan petroleum, termasuk gas asli cecair; dan
(ii)
arang batu.”.
P.U. (A) 157 4
Pindaan perenggan 5