Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2013

Seksyen 4

Akaun dan sumber berasingan

(1)

Jika Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan menjalankan aktiviti yang layak yang disebut dalam perenggan 2, dan apa-apa aktiviti atau perniagaan lain, setiap daripada aktiviti atau perniagaan itu hendaklah dianggap sebagai suatu punca aktiviti atau perniagaan yang berasingan dan berlainan.

(2)

Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan yang dikecualikan di bawah perenggan 3, hendaklah menyenggara akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).

Ketidakpakaian

Section 4 — PERINTAH CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2013