Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGECUALIAN DARIPADA PENDAFTARAN) (PINDAAN) 2022

Seksyen 2

Pindaan perenggan 2

Cukai

Jualan

(Pengecualian daripada

Pendaftaran)

2018

[P.U. (A) 208/2018], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2—

(a)

dengan menggantikan subperenggan (1) dengan subperenggan yang berikut:

“(1) Mana-mana orang yang menjalankan hanya satu operasi pengilangan daripada beberapa operasi dalam satu rantaian pengilangan bagi menghasilkan suatu barang dan operasi yang dijalankan itu dinyatakan dalam Jadual A, orang itu dikecualikan daripada pendaftaran di bawah subseksyen 13(1) Akta tanpa mengambil kira jumlah nilai jualan barang bercukai dalam tempoh dua belas bulan.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:

“(1A) Walau apa pun subperenggan (1), jika orang itu menjalankan lebih daripada satu operasi pengilangan yang dinyatakan dalam Jadual A dan operasi tersebut tidak berhubung kait dalam mengilangkan suatu barang, orang itu dikecualikan daripada pendaftaran.”.

P.U. (A) 277 3

Pindaan Jadual A

Section 2 — PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGECUALIAN DARIPADA PENDAFTARAN) (PINDAAN) 2022