Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGENAAN CUKAI JUALAN BERKENAAN DENGAN KAWASAN DITETAPKAN) (PINDAAN) 2020
Seksyen 2
Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Jualan berkenaan dengan Kawasan
Ditetapkan) 2018 [P.U. (A) 206/2018] dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:
“Pengenaan cukai jualan 2.
Cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan hendaklah pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10(2) Akta ke atas pengimportan—
(a)
barang-barang yang berikut ke dalam kawasan ditetapkan:
(i)
petroleum;
(ii)
rokok;
(iii)
produk tembakau;
(iv)
paip rokok (termasuk kepala paip);
P.U. (A) 420 3
(v)
rokok elektronik dan peranti pengewap elektrik peribadi yang serupa;
(vi)
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewap elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin;
(b)
marmar dan ikan bilis ke dalam Langkawi; dan
(c)
kenderaan bermotor ke dalam Tioman dan Pangkor.”.
Dibuat 31 Disember 2020
[MOF.TAX(S)700-1/1/7 JLD. 6; PN(PU2)751/VI]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 420 4
SALES TAX ACT 2018
SALES TAX (IMPOSITION OF SALES TAX IN RESPECT OF DESIGNATED AREA)
(AMENDMENT) ORDER 2020