Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGENAAN CUKAI JUALAN BERKENAAN DENGAN KAWASAN KHAS) (PINDAAN) 2021
Seksyen 2
Perintah
Cukai
Jualan
(Pengenaan
Cukai
Jualan berkenaan dengan
Kawasan Khas) 2018 [P.U. (A) 207/2018] dipinda dalam perenggan 2 dengan menggantikan subperenggan (1) dengan subperenggan yang berikut:
“(1)
Cukai jualan hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10(2) Akta—
(a)
ke atas barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual A yang diimport atau diangkut ke dalam suatu zon bebas, gudang berlesen, atau gudang pengilangan berlesen untuk digunakan atau diguna pakai di dalam suatu zon bebas, gudang berlesen, atau gudang pengilangan berlesen itu;
(b)
ke atas wain, spirit, bir, minuman keras malta, tembakau dan hasil tembakau yang diimport atau diangkut ke dalam
Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir;
P.U. (A) 349 3
(c)
jika barang bercukai yang diimport atau diangkut ke dalam suatu zon bebas selain zon bebas yang dibenarkan oleh Menteri di bawah seksyen 6A Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438] bagi tujuan pengeksportan semula adalah barang yang berikut:
(i)
rokok;
(ii)
produk tembakau;
(iii)
paip tembakau (termasuk kepala paip);
(iv)
rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;
(v)
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin; atau
(d)
jika barang bercukai itu diimport atau diangkut ke dalam suatu zon bebas yang dibenarkan oleh Menteri di bawah seksyen 6A
Akta Zon Bebas 1990 adalah barang yang berikut:
(i)
rokok;
(ii)
produk tembakau;
(iii)
paip tembakau (termasuk kepala paip);
(iv)
rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;
P.U. (A) 349 4
(v)
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.”.
Dibuat 1 September 2021
[MOF.TAX(S)700-1/2/26 JLD. 5; KE.HF(152)899/04 JLD 2(5); PN(PU2)751/VI]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 349 5
SALES TAX ACT 2018
SALES TAX (IMPOSITION OF SALES TAX IN RESPECT OF SPECIAL AREAS)
(AMENDMENT) ORDER 2021