Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 4
(1)
Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan pada atau selepas 1 Januari 2020
berhubung dengan pembinaan bangunan, atau pengubahan, pengubahsuaian, sambungan atau penambahbaikan terhadap bangunan sedia ada, atau loji atau jentera bagi maksud mendapatkan Perakuan Bangunan Hijau Muktamad daripada alat penarafan bangunan hijau yang relevan yang diiktiraf oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.
(2)
Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditentusahkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.
(3)
Bagi maksud subperenggan (1), suatu perbelanjaan yang layak tidak boleh lebih awal dari tiga tahun dari tarikh permohonan bagi kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan 3(b) itu diterima oleh Menteri.
P.U. (A) 245 4
Pengecualian