Malaysia legislation

Section 8

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PERKHIDMATAN) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 8

(1)

Tertakluk kepada perenggan 7, mana-mana syarikat yang layak boleh, pada bila-bila masa, memohon secara bertulis kepada

Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia supaya Perintah ini terhenti terpakai bagi syarikat yang layak itu.

(2)

Pemberhentian pemakaian Perintah ini hendaklah berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia daripada syarikat yang layak itu; atau

(b)

pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi pemberhentian pemakaian Perintah ini diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Punca berasingan dan akaun berasingan

Section 8 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PERKHIDMATAN) (PENGECUALIAN) 2024