Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak atau aktiviti selain suatu aktiviti yang layak, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah bagi suatu tempoh pengecualian selama tiga tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh syarikat yang layak itu tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri dan pematuhan syarat itu hendaklah ditentusahkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.
(3)
Jika suatu syarikat yang layak memperoleh pendapatan berkanun daripada suatu aktiviti yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (1), syarikat yang layak itu hendaklah melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang layak itu bagi maksud perniagaannya dan perbelanjaan operasi tahunan itu hendaklah termasuk perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tempatan.
P.U. (A) 244 5
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
(5)
Bagi maksud perenggan ini, “penyedia perkhidmatan tempatan” ertinya orang yang bermastautin di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan berhubung dengan insurans, perundangan, perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan.
Pendapatan berkanun