Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENDAPATAN ORANG BUKAN PEMASTAUTIN) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PENGECUALIAN) 2025

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana orang bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh di Malaysia berhubung dengan—

(a)

apa-apa perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan 4A(i)

Akta;

(b)

apa-apa nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan 4A(ii) Akta;

(c)

apa-apa sewaan atau bayaran lain yang disebut dalam subperenggan 4A(iii) Akta; atau

(d)

apa-apa laba atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) Akta.

3

(2)

Pendapatan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah diterima pada atau sebelum 31 Ogos 2034 daripada mana-mana orang yang berikut yang beroperasi di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City:

(a)

orang yang dilesenkan di bawah seksyen 10

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau seksyen 10

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(b)

syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671];

(c)

pengendali pasaran diiktiraf yang didaftarkan di bawah seksyen 34 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;

(d)

orang berdaftar yang didaftarkan di bawah seksyen 76

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007

selain seorang individu;

(e)

orang yang menyediakan perkhidmatan pasaran modal yang didaftarkan di bawah seksyen 76A Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;

(f)

syarikat dana keluarga tunggal yang ditentusahkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti;

(g)

syarikat teknologi kewangan, syarikat teknologi insurans, syarikat pengawalseliaan teknologi kewangan atau syarikat teknologi kewangan Islam yang dianugerahkan Status MSC

Malaysia atau Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh

Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.;

4

(h)

pengendali sistem pembayaran yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam suatu bidang kuasa asing yang diluluskan di bawah seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengendalikan suatu sistem pembayaran di Pulau 1 Zon Kewangan

Khas Forest City; atau

(i)

entiti perkhidmatan berpusat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan global kewangan yang dianugerahkan Status MSC

Malaysia atau Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh

Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.

(3)

Syarikat dana keluarga tunggal yang disebut dalam subsubperenggan (2)(f) ialah suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

dimiliki sepenuhnya, secara langsung atau tidak langsung, oleh anggota suatu keluarga tunggal;

(c)

beroperasi di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City; dan

(d)

ditubuhkan semata-mata bagi maksud memegang aset dan aktiviti pelaburan bagi kepentingan anggota suatu keluarga tunggal.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang bukan pemastautin itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

5

(5)

Bagi maksud perenggan ini—

“keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—

(a)

suami atau isteri;

(b)

anak kandung;

(c)

anak tiri; dan

(d)

anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

“Pulau 1

Zon

Kewangan

Khas

Forest

City”

ertinya

Pulau 1,

Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru,

Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor.

Ketidakpakaian