Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
P.U. (A) 22 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu projek yang layak yang bersamaan dengan amaun elaun sebagaimana yang ditentukan dalam subperenggan (2).
(2)
Amaun elaun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam tempoh lima tahun.
(3)
Tarikh permulaan kuat kuasa bagi tempoh yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian
Malaysia dan, berhubung dengan
(a)
suatu perniagaan jagaan kesihatan swasta baru, pada tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama telah dilakukan dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari 1 Januari 2010 atau hendaklah tiga tahun dari tarikh kelulusan sebagai perniagaan
P.U. (A) 22 6
kemudahan jagaan kesihatan swasta bagi pelancongan kesihatan, mengikut mana-mana yang terkemudian; atau
(b)
suatu projek pembesaran, pemodenan atau pembaharuan, pada tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan diterima oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Pendapatan berkanun