Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas untuk setiap tempoh pengecualian hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang digolongkan dibuat di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat:
Dengan syarat bahawa jika suatu aset digunakan bagi maksud projek yang layak, digunakan juga bagi maksud suatu perniagaan selain projek yang layak itu, maka elaun yang digolongkan dibuat di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira takat aset itu digunakan bagi maksud projek yang layak itu.
(2)
Amaun elaun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 4(1)
hendaklah bersamaan dengan amaun pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.
(3)
Jika oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada amaun sebagaimana yang ditentukan yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada amaun itu yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah dikecualikan bagi
P.U. (A) 22 7
tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada projek yang layak itu, dan bagi tahun taksiran berikutnya sehinggalah keseluruhan amaun yang atasnya ia berhak dikecualikan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak