Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Menteri mengecualikan seseorang individu daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan anuiti tertangguh yang dikeluarkan oleh individu itu sebelum mencapai umur lima puluh lima tahun, yang dikontrakkan oleh individu itu dengan penanggung insurans yang menjalankan perniagaan hayat dan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga dan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759], dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Mei 2014.