Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan suatu institusi atau organisasi keagamaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
(a)
daripada pembayaran cukai berkenaan dengan pendapatan kasar yang diperoleh daripada semua sumber; dan
(b)
daripada mengemukakan penyata di bawah seksyen 77 Akta.
(2)
Bagi maksud perenggan ini, “institusi atau organisasi keagamaan” ertinya suatu institusi atau organisasi keagamaan—
(a)
yang ditubuhkan di Malaysia semata-mata bagi maksud ibadat keagamaan atau pemajuan agama dan tidak dikendalikan atau dijalankan terutamanya bagi keuntungan; dan
(b)
yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi itu.
P.U. (A) 52 3
Dibuat 7 Februari 2017
[Perb. CR(8.09)294/6/4-18(SJ.5)(2016); LHDN.01/10.5-3/68-3-40; PN(PU2)80/LXXXVI]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 52 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) ORDER 2017