Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2021

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan seorang pekerja daripada pembayaran cukai pendapatan berhubung dengan nilai manfaat yang diterima oleh pekerja itu daripada majikannya terhad kepada amaun tidak melebihi lima ribu ringgit dalam menentukan pendapatan kasar daripada penggajiannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), nilai manfaat hendaklah bagi tujuan untuk mendapatkan telefon pintar, tablet atau komputer peribadi.

(3)

Tiada apa-apa dalam subperenggan 2(1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pekerja itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Ketidakpakaian