Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Perintah ini tidak terpakai bagi seseorang pekerja—
(a)
jika pekerja ialah tuan punya tunggal;
(b)
jika pekerja ialah rakan kongsi majikan dalam suatu perkongsian; atau
P.U. (A) 30 3
(c)
jika majikannya ialah suatu syarikat, pekerja itu mempunyai kawalan atau kuasa untuk memastikan bahawa urusan syarikat itu atau mana-mana syarikat lain yang mempunyai kawalan ke atas majikan pekerja itu dijalankan menurut kehendak pekerja itu melalui cara yang berikut:
(i)
dengan cara pemegangan saham dalam syarikat itu atau mana-mana syarikat lain itu;
(ii)
dengan pemilikan kuasa mengundi dalam syarikat itu atau mana-mana syarikat lain itu; atau
(iii)
dengan cara apa-apa kuasa yang diberikan melalui perlembagaan syarikat atau apa-apa dokumen lain yang mengawal selia syarikat itu atau mana-mana syarikat lain itu.
Dibuat 8 Januari 2021
[LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-54; MOF.TAX(S)700-1/3/14; PN(PU2)80/C]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 30 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) ORDER 2021