Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Menteri boleh mengecualikan suatu syarikat sedia ada yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjanakan pendapatan teras, bagi tempoh yang akan ditentukan oleh Menteri.
(2)
Bagi maksud pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1)—
(a)
“syarikat sedia ada yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di
Malaysia, yang sebelum 1 Januari 2019, telah dianugerahkan status
Koridor Raya Multimedia dan diberikan—
(i)
status perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986; atau
(ii)
pengecualian cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 2) 2015 [P.U. (A) 50/2015], dan tempoh pengecualian di bawahnya belum bermula atau telah bermula tetapi belum tamat pada atau selepas 1 Januari 2019;
(b)
aktiviti menjanakan pendapatan teras hendaklah aktiviti yang diluluskan di bawah penganugerahan status Koridor Raya Multimedia syarikat sedia ada yang layak itu;
P.U. (A) 389 10
(c)
peratusan pendapatan berkanun yang dikecualikan hendaklah peratusan yang diluluskan di bawah penganugerahan status Koridor
Raya Multimedia syarikat sedia ada yang layak itu; dan
(d)
semua peruntukan di bawah Perintah ini hendaklah terpakai bagi syarikat sedia ada yang layak itu kecuali—
(i)
subperenggan 3(a) dan (b); dan
(ii)
subperenggan 4(1), (4) dan (5).
(3)
Menteri boleh memberikan pelanjutan tempoh pengecualian kepada suatu syarikat sedia ada yang layak yang telah tamat tempoh pengecualian, berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjanakan pendapatan teras, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh sebagaimana yang akan ditentukan oleh
Menteri.
(4)
Bagi maksud pelanjutan yang diberikan di bawah subperenggan (3)—
(a)
“syarikat sedia ada yang layak yang telah tamat tempoh pengecualian”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta
Syarikat 2016
dan bermastautin di
Malaysia, yang sebelum 1 Januari 2019, telah dianugerahkan status Koridor Raya
Multimedia dan diberikan—
(i)
status perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986; atau
(ii)
pengecualian cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 2) 2015, dan tempoh pengecualian bagi lima tahun pertama di bawahnya telah tamat sebelum 1 Januari 2019;
P.U. (A) 389 11
(b)
peratusan pendapatan berkanun yang dikecualikan hendaklah seratus peratus; dan
(c)
semua peruntukan di bawah Perintah ini hendaklah terpakai bagi syarikat sedia ada yang layak yang telah tamat tempoh pengecualian cukai itu kecuali—
(i)
subperenggan 3(a) dan (b);
(ii)
subperenggan 4(1), (2), (4) dan (5); dan
(iii)
perenggan 5.
P.U. (A) 389 12