Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian)(No. 11) 2012.
(2)
Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013 hingga tahun taksiran 2015.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2012/451
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 11) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 451 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian)(No. 11) 2012.
Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013 hingga tahun taksiran 2015.
Tafsiran
Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
“pelancongan domestik” ertinya suatu pakej pelancongan bagi perjalanan dalam
Malaysia yang dilakukan oleh pelancong tempatan termasuk pengangkutan melalui udara, darat atau laut dan penginapan;
“pelancong tempatan” ertinya individu yang merupakan warganegara Malaysia atau yang bermastautin di Malaysia;
“perniagaan pengendalian pelancongan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482].
Pengecualian
Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 untuk menjalankan suatu perniagaan pengendalian pelancongan daripada pembayaran cukai berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada pelancongan domestik.
P.U. (A) 451 3
Pengecualian dalam subperenggan (1) hanya terpakai jika jumlah bilangan pelancong tempatan dalam pelancongan domestik yang berhubungan dengan syarikat itu adalah tidak kurang daripada satu ribu lima ratus dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang disahkan melalui suatu surat daripada Kementerian
Pelancongan Malaysia.
Penyenggaraan akaun yang berasingan
Suatu syarikat yang memohon pengecualian di bawah perenggan 3 hendaklah menyenggarakan akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada pelancongan domestik.
Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A
Perenggan 5 dan 6 Jadual 7A Akta hendaklah terpakai, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, bagi amaun pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan 3.
Dibuat 10 Disember 2012
[Perb.CR(8.20)116/1-138(2013)(SJ.1); LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt.19; PN(PU2)80/LXVI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 451 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 11) ORDER 2012
Opening note
This Order has effect from the year of assessment 2013 until the year of assessment 2015.
Interpretation 2.
In this Order, unless the context otherwise requires
“domestic tour” means a tour package for travel within Malaysia undertaken by local tourists inclusive of transportation by air, land or sea and accommodation;
“local tourists” means individuals who are Malaysian citizens or residing in
Malaysia;
“tour operating business” has the same meaning assigned to it under subsection 2(1) of the Tourism Industry Act 1992 [Act 482].
Exemption 3.
Subject to subparagraph (2), the Minister exempts a company resident in
Malaysia which is licensed under the Tourism Industry Act 1992 to carry on a tour operating business from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from domestic tours.
The exemption in subparagraph (1) shall only apply if the total number of local tourists on domestic tours relating to the company is not less than one thousand
P.U. (A) 451 5
five hundred in the basis period for a year of assessment which is certified by a letter from the Ministry of Tourism Malaysia.
Maintaining separate account 4.
A company seeking exemption under paragraph 3 shall maintain a separate account for the income derived from domestic tours.
Application of paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A
Paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A to the Act shall apply, subject to such modifications and adaptations as may be necessary, to the amount of income exempted under paragraph 3.
Made 10 December 2012
[Perb.CR(8.20)116/1-138(2013)(SJ.1); LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt.19; PN(PU2)80/LXVI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]