Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023

Seksyen 5

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.

(2)

Permohonan bagi pengecualian hendaklah—

(a)

dibuat secara bertulis oleh suatu syarikat berstatus BioNexus dan diterima oleh Menteri melalui Malaysian Bioeconomy Development

Corporation Sdn. Bhd. pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2022; dan

(b)

mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Menteri berhubung dengan permohonan itu.

(3)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh

Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:

(a)

menggaji bilangan pekerja sepenuh masa dan pekerja berpengetahuan yang mencukupi di Malaysia yang diluluskan oleh Menteri bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan

(b)

melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di

Malaysia atau amaun pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi di Malaysia, yang diluluskan oleh Menteri bagi menjalankan aktiviti yang layak.

P.U. (A) 382 5

(4)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah—

(a)

berhubung dengan suatu perniagaan baharu, bagi suatu tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran pertama yang syarikat yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun daripada perniagaan baharu itu; atau

(b)

berhubung dengan suatu projek pembesaran, bagi suatu tempoh lima tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran pertama yang syarikat yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun daripada projek pembesaran itu, dan tahun taksiran pertama itu hendaklah tidak boleh lebih awal dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang tarikh syarikat itu telah diluluskan sebagai syarikat berstatus BioNexus oleh Menteri.

(5)

Jika suatu syarikat yang layak telah diberikan suatu pengecualian di bawah subperenggan (1), suatu syarikat berkaitan kepada syarikat yang layak itu juga berhak diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) tertakluk kepada syarikat berkaitan itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

(7)

Bagi maksud Perintah ini, tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam subsubperenggan (4)(a) atau (b) disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”.

Pendapatan harta intelek tidak diambil kira