Malaysia legislation

Section 8

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2023

Seksyen 8

Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak ke atas suatu aset yang digunakan bagi maksud aktiviti yang layak dan aset itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun dari tarikh perolehan aset itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang aset itu dilupuskan.

Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi aset yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 9.

(1)

Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa aset yang berkenaan dengannya pengecualian itu dimohon oleh syarikat yang layak di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.

P.U. (A) 383 8

(2)

Bagi maksud perenggan ini,

“syarikat berkaitan”

mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327].

Penarikan balik pengecualian