Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2019 (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2019 [P.U. (A) 162/2019]
dipinda dalam perenggan 3—
(a)
dengan menggantikan subsubperenggan (2)(a) dengan subsubperenggan yang berikut:
“(a)
pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, sekurang-kurangnya enam puluh peratus modal saham diterbitkan syarikat yang layak itu dimiliki—
(i)
secara langsung oleh seorang warganegara Malaysia;
(ii)
oleh suatu pertubuhan perbadanan yang mentadbir dan menguruskan suatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(iii)
oleh suatu syarikat yang—
(A)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
P.U. (A) 14 3
dan bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan
(B)
sekurang-kurangnya enam puluh peratus modal saham diterbitkan syarikat itu dimiliki oleh seorang warganegara Malaysia atau suatu pertubuhan perbadanan yang mentadbir dan menguruskan suatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang berikut:
“(2A)
Bagi maksud Perintah ini, pertubuhan perbadanan yang mentadbir dan menguruskan suatu kumpulan wang yang disebut dalam subsubsubperenggan (2)(a)(ii) adalah seperti yang berikut:
(a)
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah seksyen 3
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
[Akta 452];
(b)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
yang ditubuhkan di bawah seksyen 3
Akta
Kumpulan
Wang
Persaraan 2007
[Akta 662];
(c)
Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Tabung Haji 1995
[Akta 535];
P.U. (A) 14 4
(d)
Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta
Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101];
atau
(e)
mana-mana pertubuhan perbadanan yang mentadbir dan menguruskan suatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.”.
Dibuat 31 Disember 2024
[MOF.TAX(S)700-2/1/205; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-315; PN(PU2)80/JLD.113]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 14 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2019 (AMENDMENT) ORDER 2025