Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM PENSTRUKTURAN SEMULA SYARIKAT) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 5

Ketidakpakaian

(a)

suatu pelupusan syer suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang tidak tersenarai di bursa saham yang laba atau keuntungan daripada pelupusan syer itu dikenakan cukai sebagai suatu pendapatan perniagaan di bawah perenggan 4(a) Akta;

(b)

suatu pelupusan syer oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi itu berkenaan dengan penstrukturan semula mana-mana syarikat bagi maksud suatu tawaran awam permulaan dan permohonan bagi tawaran awam permulaan itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia Securities Berhad; atau

(c)

suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi yang pengecualian cukai telah diberikan di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan pelupusan syer yang sama.

Dibuat 3 Oktober 2024

[MOF.TAX(S)700-1/3/115; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-338; PN(PU2)80/JLD.112]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 289 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (RESTRUCTURING OF COMPANIES SCHEME)

(EXEMPTION) ORDER 2024

Section 5 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM PENSTRUKTURAN SEMULA SYARIKAT) (PENGECUALIAN) 2024