Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN) (PENGECUALIAN) 2026
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya aktiviti yang layak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;
“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
bermastautin di Malaysia dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777];
(b)
merupakan pengendali pelancongan berlesen di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 [Akta 482]; dan
(c)
menjalankan aktiviti yang layak;
“pelancong asing” ertinya individu selain daripada pelancong tempatan, yang bukan warganegara Malaysia atau yang tidak bermastautin di Malaysia;
P.U. (A) 164 3
“perniagaan pengendalian pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992.
Aktiviti yang layak