Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (TAWARAN AWAM PERMULAAN) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 5
Ketidakpakaian
(a)
suatu pelupusan syer suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang tidak tersenarai di bursa saham yang laba atau keuntungan daripada pelupusan syer itu dikenakan cukai sebagai suatu pendapatan perniagaan di bawah perenggan 4(a) Akta;
(b)
suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi yang telah membuat suatu permohonan untuk pengecualian di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Skim Penstrukturan Semula
Syarikat) (Pengecualian) 2024 [P.U. (A) 289/2024] berkenaan dengan pelupusan syer yang sama; atau
(c)
suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi yang telah diberikan pengecualian cukai di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan pelupusan syer yang sama.
P.U. (A) 290 5
Dibuat 19 September 2024
[MOF.TAX(S)700-1/3/115; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-337; PN(PU2)80/JLD.112]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 290 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (INITIAL PUBLIC OFFERING) (EXEMPTION) ORDER 2024