Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI EKSAIS (LANGKAWI) 2020

Seksyen 2

Duti eksais hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang berikut yang diimport ke dalam Langkawi atau diangkut ke Langkawi dari kawasan utama kastam pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual kepada Perintah Duti Eksais 2017 [P.U. (A) 92/2017]:

(a)

rokok;

(b)

produk tembakau;

(c)

rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;

(d)

paip tembakau (termasuk kepala paip); dan

(e)

sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.

P.U. (A) 410 3

Dibuat 31 Disember 2020

[MOF.TAX(S)700-1/1/7 JLD.6; PN(PU2)337/XXV]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 91DA(2) Akta Eksais 1976]

P.U. (A) 410 4

EXCISE ACT 1976

EXCISE DUTIES (LANGKAWI) ORDER 2020