Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI EKSAIS (PANGKOR) (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Perintah Duti Eksais (Pangkor) 2019 [P.U. (A) 412/2019], dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:

“2.

Duti eksais hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang berikut yang diimport masuk ke Pangkor atau diangkut ke Pangkor dari kawasan utama kastam pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual kepada Perintah Duti Eksais 2017

[P.U. (A) 92/2017]:

(a)

kenderaan bermotor;

(b)

rokok;

(c)

produk tembakau;

(d)

rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;

(e)

paip tembakau (termasuk kepala paip); dan 3

(f)

sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.”.

Dibuat 31 Disember 2020

[MOF.TAX(S)700-1/1/7 JLD.6; PN(PU2)337/XXV]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 91U(2) Akta Eksais 1976]

4

EXCISE ACT 1976

EXCISE DUTIES (PANGKOR) (AMENDMENT) ORDER 2020

Section 2 — PERINTAH DUTI EKSAIS (PANGKOR) (PINDAAN) 2020