Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI KASTAM 2025

Seksyen 2

(1)

Duti import hendaklah dilevi atas dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang diimport ke dalam

Malaysia pada kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Pertama.

(2)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada duti import yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia termasuk dalam bagasi orang itu dan yang dimaksudkan untuk kegunaan bukan perdagangan

(kecuali kenderaan motor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok), duti kastam pada kadar sama rata sepuluh peratus ad valorem hendaklah dilevi atas dan dibayar oleh pengimport itu berkenaan dengan barang-barang itu.

(3)

Duti eksport hendaklah dilevi atas dan dibayar oleh pengeksport berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang dieksport dari Malaysia pada kadar duti eksport yang dinyatakan dalam ruang (6) Jadual Pertama.

(4)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar tarif kuota sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi atas barang-barang itu pada kadar duti sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (5) Lampiran B Jadual Pertama.

P.U. (A) 384 3

Pengiraan kadar duti kastam