Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN KOMPREHENSIF DAN PROGRESIF BAGI PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK) 2022

Seksyen 3

Duti import

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan, barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari Pihak CPTPP, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, yang diimport ke dalam Malaysia.

(2)

Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua berkenaan dengan jenis barang-barang tertentu, maka kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2022 [P.U. (A) 114/2022]

hanya berkenaan dengan barang-barang dari jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai telah berasal dari Pihak CPTPP.

(3)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada duti import yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan bermotor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) duti kastam pada kadar sama rata sepuluh peratus ad valorem hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport itu berkenaan dengan, barang-barang itu.

(4)

Dalam hal barang-barang yang tertakluk kepada kadar tarif kuota sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (5) Jadual Kedua, duti import hendaklah dilevi terhadap barang-barang itu pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (5)

Appendix “B”, tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh agensi yang dinyatakan dalam ruang (6) Appendix “B”.

Duti eksport