Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) 2012

Seksyen 2

(1)

Apa-apa surat cara bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah syariah yang boleh dikenakan duti di bawah subbutiran 27(a)(i) Jadual Pertama Akta yang disempurnakan antara Perusahaan Kecil dan Sederhana yang telah mendapat kelulusan untuk insentif di bawah Polisi Laluan Hijau daripada Sekretariat Polisi Laluan

Hijau Kementerian Kewangan dengan

(a)

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad;

(b)

Bank Pembangunan Malaysia Berhad; atau

(c)

Export-Import Bank of Malaysia Berhad, dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah syariah adalah surat cara yang disempurnakan pada atau selepas 15 Jun 2011

tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2014.

(3)

Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) boleh dibuat sekali sahaja.

P.U. (A) 108 3

Dibuat 17 April 2012

[Perb. 0.3865/432; PN(PU2)159/XXXVI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 108 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) ORDER 2012