Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) 2014

Seksyen 2

(1)

Apa-apa surat cara bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah syariah yang boleh dikenakan duti di bawah subsubbutiran 27(a)(i) Jadual Pertama

Akta yang disempurnakan antara suatu Perusahaan Kecil dan Sederhana yang telah mendapat kelulusan untuk insentif di bawah Polisi Laluan Hijau daripada Sekretariat

Polisi Laluan Hijau Kementerian Kewangan dengan—

(a)

Bank Pertanian Malaysia Berhad;

(b)

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF); atau

(c)

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), perjanjian pinjaman atau pembiayaan di bawah syariah adalah surat cara yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2014.

(3)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hanya boleh diberi sekali sahaja.

P.U. (A) 16 3

Dibuat 23 Disember 2013

[Perb. 0.3865/432; PN(PU2)159/XXXVIII]

DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 16 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) ORDER 2014