Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) 2016

Seksyen 2

(1)

Pengecualian daripada duti setem adalah diberikan berhubung dengan apa-apa surat cara bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan mengikut syariah yang boleh dikenakan duti setem di bawah subsubbutiran 27(a)(i) Jadual Pertama Akta yang disempurnakan antara suatu Perusahaan Kecil dan Sederhana yang telah mendapat kelulusan untuk insentif di bawah Polisi Laluan Hijau daripada Sekretariat Polisi Laluan

Hijau Kementerian Kewangan dengan—

(a)

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad;

(b)

Bank Pembangunan Malaysia Berhad;

(c)

Export-Import Bank of Malaysia Berhad;

(d)

Bank Pertanian Malaysia Berhad;

(e)

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF); atau

(f)

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).

P.U. (A) 68 3

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), surat cara bagi perjanjian pinjaman atau pembiayaan mengikut syariah ialah surat cara yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2015 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2017.

(3)

Pengecualian di bawah subperenggan

(1)

hanya boleh diberi sekali sahaja.

Dibuat 16 Mac 2016

[LHDN.01/12.5/353/65/7-24; Perb. 0.3865/432; PN(PU2)159/XXIX]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 68 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) ORDER 2016

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) 2016