Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2021

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan

(2)

,

(3)

dan

(4)

, surat cara yang berhubungan dengan suatu percantuman atau pemerolehan yang diluluskan yang disempurnakan oleh perusahaan kecil dan sederhana adalah dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Dalam perenggan ini—

(a)

“surat cara yang berhubungan dengan suatu percantuman atau pemerolehan yang diluluskan” ertinya 

(i)

kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau penyewaan harta (tanah, bangunan, jentera dan peralatan);

(ii)

surat cara pindah milik dan memorandum persefahaman;

(iii)

perjanjian pinjaman atau pembiayaan; dan

(iv)

perjanjian penyewaan yang pertama; dan

P.U. (A) 73 3

(b)

“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2

Akta

Perbadanan

Pembangunan

Industri

Kecil dan

Sederhana 1995 [Akta 539].

(3)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai kepada surat cara yang disempurnakan pada atau selepas 1 Julai 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021.

(4)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa percantuman atau pemerolehan itu diluluskan oleh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai 1 Julai 2020 tetapi tidak lewat daripada 30 Jun 2021.

Dibuat 19 Februari 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/105; PN(PU2)159/XXXIV]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

P.U. (A) 73 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2021