Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2021

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan bagi Fasiliti Pembiayaan Pelancongan PENJANA yang diluluskan di bawah

Tabung Bank Negara Malaysia yang disempurnakan di antara institusi kewangan peserta dengan perusahaan kecil dan sederhana daripada duti setem.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan (1)—

(a)

hendaklah hanya terpakai kepada surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan menurut surat tawaran yang dikeluarkan oleh institusi kewangan peserta pada atau selepas 30 Julai 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021;

dan

(b)

hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan disertakan dengan surat tawaran daripada institusi kewangan peserta kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menyatakan kelulusan fasiliti pinjaman atau pembiayaan itu.

P.U. (A) 328 3

(3)

Dalam perenggan ini —

(a)

“institusi kewangan peserta” ertinya—

(i)

Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad;

(ii)

Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Berhad;

(iii)

AmBank (M) Berhad/AmBank Islamic Berhad;

(iv)

Bank Islam Malaysia Berhad;

(v)

Bank Simpanan Nasional;

(vi)

CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad;

(vii)

Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank;

(viii)

Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad;

(ix)

Bank Muamalat Malaysia Berhad;

(x)

Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad;

(xi)

RHB Bank Berhad/RHB Islamic Bank Berhad;

(xii)

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia

Berhad (SME Bank); dan

P.U. (A) 328 4

(b)

“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perbadanan

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 [Akta 539].

Dibuat 3 Ogos 2021

[MOF.TAX.700-3/2/138; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-119; PN(PU2)159/XXXIV]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

P.U. (A) 328 5

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2021

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2021