Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PEREMITAN) 2015

Seksyen 2

(1)

Dua puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas surat cara pembiayaan prinsipal atau utama di bawah subbutiran 27(a) Jadual Pertama kepada Akta yang dibuat mengikut prinsip Shariah yang diluluskan oleh Majlis

Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah Akta Bank

Negara Malaysia 2009 [Akta 701] bagi maksud membiayai pembelian suatu harta kediaman adalah diremitkan.

(2)

Dalam perenggan ini,

“harta kediaman”

ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman.

Dibuat 21 Disember 2015

[Perb. CR (8.09)248/39/7-217 Jld.12 (SK-3); LHDN 01/35/(S)/42/51/Klt.24;

PN(PU2)159/XXX]

DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 308 3

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (REMISSION) ORDER 2015

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PEREMITAN) 2015 | mylaw.my