Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), amaun duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik adalah diremitkan sebanyak lima ribu ringgit
(RM5,000.00) bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja, yang bernilai melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit
(RM500,000.00), oleh seorang individu.
(2)
Peremitan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Julai 2019 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020; dan
(b)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
P.U. (A) 49 3
(3)
Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman hendaklah berdasarkan nilai pasaran.
(4)
Permohonan bagi peremitan duti setem hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(5)
Dalam perenggan ini—
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, unit kondominium, rumah pangsa atau pangsapuri atau yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman; dan
“individu” ertinya seorang pembeli, atau pembeli bersama, yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 7 Februari 2019
[Perb. CR(8.20)116/1-138(2019)SK.2; PN(PU2)159/XXXII]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
P.U. (A) 49 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (REMISSION) ORDER 2019