Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (SYARIKAT DANA KELUARGA TUNGGAL) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PENGECUALIAN) 2025

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“harta yang layak” ertinya harta yang dipindah milik kepada syarikat dana keluarga tunggal;

“keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—

(a)

suami atau isteri;

(b)

anak kandung;

(c)

anak tiri; dan

(d)

anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

3

“Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City” ertinya Pulau 1, Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor seperti yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor;

“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];

“syarikat dana keluarga tunggal” ertinya syarikat dana keluarga tunggal yang disebut dalam subperenggan 3(2).

Pengecualian

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (SYARIKAT DANA KELUARGA TUNGGAL) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PENGECUALIAN) 2025