Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH FI(PERUBATAN)(KOS PERKHIDMATAN) 2014

Seksyen 2

Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota tiruan atau prothesis” ertinya suatu alat yang digunakan di dalam atau di luar untuk mengembalikan pesakit supaya berada dalam keadaan berfungsi bagi membolehkannya berdikari dalam aktiviti hariannya;

“fi pembedahan” ertinya suatu fi yang dikenakan ke atas mana-mana pesakit yang memerlukan apa-apa pembedahan bagi rawatan atau maksud-maksud diagnostik;

“fi pergigian” ertinya suatu fi yang dikenakan bagi apa-apa rawatan pergigian;

“fi rawatan” ertinya suatu fi yang dikenakan bagi layanan perubatan, keselesaan perubatan, ubat, pembalut dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan kepada mana-mana pesakit yang dirawat di mana-mana hospital;

3

“fi siasatan” ertinya suatu fi yang dikenakan ke atas apa-apa prosedur yang merupakan satu bantuan kepada diagnosis selain daripada perkara-perkara yang diliputi oleh fi pembedahan;

“fi wad” ertinya suatu fi yang dikenakan bagi diet dan tempat tidur;

“hospital” ertinya mana-mana hospital Kerajaan meliputi mana-mana hospital pengajaran sesuatu universiti, klinik Kerajaan dan mana-mana Institusi

Perubatan Persekutuan yang lain;

“Institusi Perubatan Persekutuan” ertinya mana-mana hospital dan institusi perubatan yang diisytiharkan oleh Kerajaan sebagai suatu Institusi

Perubatan Persekutuan;

"jagaan harian" ertinya penjagaan pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan harian di hospital atau pusat rawatan khas, bagi tempoh kurang daripada dua puluh empat jam atas rujukan oleh pegawai perubatan bagi prosedur perubatan termasuk bagi tujuan pencegahan, penyiasatan, terapi dan rehabilitasi;

“Kementerian” ertinya Kementerian Kesihatan;

“Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan;

“orang asing” ertinya seseorang yang bukan warganegara Malaysia tetapi tidak termasuk—

(a)

seseorang yang bukan warganegara yang memegang suatu kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990

[P.U. (A) 472/1990]; atau 4

(b)

pasangan isteri atau suami yang bukan warganegara kepada warganegara Malaysia;

“pakar” ertinya seseorang yang dilantik di bawah Perintah-perintah Am

Bab F Perubatan Tahun 1974;

“pegawai perubatan” ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

Fi pesakit luar