Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Seksyen 2

Permulaan kuat kuasa

(1)

Perintah ini mula berkuat kuasa―

(a)

pada 1 Januari 2013, berhubung dengan―

(i)

seseorang majikan yang mengambil kerja lebih daripada lima orang pekerja; dan

(ii)

tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, seseorang majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan

Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia; dan

(b)

pada 1 Julai 2013, berhubung dengan seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau kurang, selain seseorang majikan yang disebut dalam subsubsubperenggan (a)(ii).

(2)

Walau apa pun subperenggan (1), mana-mana orang atau golongan orang boleh, tidak kurang daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh kuat kuasa yang terpakai bagi majikan yang berkenaan mula berkuat kuasa, memohon kepada Majlis bagi penundaan pelaksanaan Perintah ini kepada majikan yang berkenaan ke suatu tarikh yang lain.

P.U. (A) 214 3

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subperenggan (2), Majlis boleh menjalankan kuasa Majlis di bawah subseksyen 25(2) Akta dan mengambil segala tindakan yang perlu sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 21, 22 dan 23

Akta.

Ketidakpakaian

Section 2 — PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 | mylaw.my