Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH GAJI MINIMUM 2012

Seksyen 5

Kadar gaji minimum pekerja dalam tempoh percubaan

(1)

Walau apa pun perenggan 4 dan tertakluk kepada subperenggan (2), (3)

dan (4), jika seseorang pekerja merupakan seorang pekerja dalam tempoh percubaan, kadar gaji minimum yang dinyatakan di bawah perenggan 4 yang kena dibayar kepada pekerja itu boleh dikurangkan tidak lebih daripada tiga puluh peratus daripada kadar gaji minimum itu.

(2)

Peratusan sebenar pengurangan kadar gaji minimum di bawah subperenggan (1), yang tidak melebihi peratusan yang dinyatakan, boleh dibuat berdasarkan persetujuan antara majikan dengan pekerja yang berkenaan.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1), seseorang majikan dibenarkan untuk mengurangkan kadar gaji minimum seseorang pekerja hanya bagi tempoh enam bulan

P.U. (A) 214 4

pertama kontrak percubaan pekerja itu dan tiada pengurangan selanjutnya di bawah kontrak percubaan yang sama atau apa-apa pelanjutan kontrak percubaan itu dibenarkan selepas itu.

(4)

Jika pengurangan kadar gaji minimum seseorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini dibuat di bawah perenggan ini dan kadar gaji minimum pekerja itu selepas pengurangan itu adalah lebih rendah daripada kadar gaji pokok yang sedang diterimanya, kadar gaji pokok itu hendaklah dikekalkan dan terus kena dibayar kepada pekerja itu.

MISALAN:

A (pekerja dalam tempoh percubaan), seorang pekerja di Semenanjung Malaysia, yang sedang dibayar gaji pokok sebanyak RM700. Majikan boleh mengurangkan kadar gaji minimum A tidak lebih daripada 30%. Pengiraan kadar gaji minimum A adalah seperti yang berikut:

Gaji pokok semasa

Kadar gaji minimum selepas pengurangan

RM700 (gaji pokok)

Gaji pokok semasa

= RM700

Gaji minimum = RM900

Peratusan pengurangan = 30%

RM900-30% = RM630

Kadar gaji minimum selepas pengurangan = RM630

Selepas pengurangan dibuat, kadar gaji minimum A adalah lebih rendah daripada kadar gaji pokok yang sedang diterimanya. Dalam hal ini, majikan tidak boleh membayar kadar gaji minimum yang dikurangkan kepada A (RM630). Kadar gaji pokok yang sedang diterima oleh A hendaklah dikekalkan dan terus kena dibayar kepada A (RM700).

Rundingan bagi penstrukturan semula gaji