Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Tiada apa-apa dalam Perintah ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang majikan dan pekerja, atau kesatuan sekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada merundingkan penstrukturan semula gaji di bawah seksyen 7B Akta Kerja 1955, seksyen 9B Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 10B Ordinan Buruh Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum Perintah ini berkuat kuasa berhubung dengan majikan yang berkenaan dengan syarat bahawa―
(a)
gaji pokok yang distruktur semula yang kena dibayar kepada pekerja itu hendaklah mengikut kadar gaji minimum yang ditetapkan dalam Perintah ini;
(b)
gaji yang distruktur semula hendaklah tidak kurang baiknya daripada gaji pekerja itu yang sedia ada;
(c)
gaji yang distruktur semula tidak boleh kurang daripada jumlah gaji yang diterima oleh pekerja itu sebagaimana yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebelum penstrukturan semula gaji;
(d)
penstrukturan semula gaji hendaklah hanya melibatkan pembayaran bagi kerja yang dilakukan semasa waktu kerja biasa pekerja itu; dan
(e)
penstrukturan semula gaji tidak boleh menyebabkan pekerja itu kehilangan apa-apa saraan yang dinyatakan di bawah perenggan (a)
hingga (f) takrif gaji dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955, seksyen 2 Ordinan
Buruh Sabah dan seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak yang pekerja itu berhak mendapat di bawah kontrak perkhidmatan.
Pembatalan dan kecualian